KHODAM PENDAMPING
Istilah “Khodam” berasal dari bahasa arab dari kata khodim (خادم)
yg bermaksud pembantu, penjaga atau pengawal. Dalam konteks ilmu hikmah,
istilah “khodam” digunakan khusus untuk menyebut entiti ghaib yg mengikuti
pemilik ilmu atau yg mendiami suatu benda. Bahagian ilmu yg membahaskan perkara
ini di sebut istikhdam iaitu perihal yg berhubungan dgn dimensi khodam. Dari
perspektif kejawen, khodam disebut sebagai “prewangan” iaitu bangsa halus yg
membantu. Lebih sederhana, secara sains metafizik khodam di klasifikasikan
sebagai energi hidup yg dipengaruhi oleh daya spiritual. Walau keterbatasan yg
sekadar menterjemahkannya dgn konsep aktiviti tenaga yg berlaku di alam
semesta, namun sekurangnya ia dapat membuktikan kewujudan entiti ghaib yg
mempengaruhi kehidupan manusia.
Khodam dalam konsep ilmu hikmah Islam & kebatinan
nusantara diyakini sebagai "ruh" atau “jiwa” suatu ilmu. Khodam
memberi energi kepada pemilik ilmu atau benda sehingga ia dapat melakukan
hal-hal yg di luar kewajaran atau istilahnya mencarik adat.
*PERSPEKTIF HUKUM BERKHODAM*
Memiliki Khodam jin muslim adalah HARUS dgn keyakinan ianya
hanya sebagai sebab & perantara sebagaimana layaknya kita berhubungan dgn
sesama manusia dgn kesedaran saling melengkapi & bantu membantu.
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ
مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا
مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Bagi manusia ada penjaga-penjaga yang selalu mengikutinya,
di depan & di belakangnya, menjaga manusia dari apa yang sudah ditetapkan
ALLAH baginya. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga
mereka mengubahnya sendiri”. (QS. ar-Ra’d; 13/11)
Keluar dari kemanusiaan itu sendiri, dgn haiwan sekalipun
kita telah berhubung & mengambil manfaat daripadanya spt memelihara kuda
sbg tunggangan dsb. Maka hal tsbt memberi gambaran diperbolehkan dalam urusan
tsbt. Namun begitu, memohon bantuan kepada khodam jin kafir adalah HARAM kerana
ia jelas akan membawa manusia kepada impak kekafirannya.
*KOMENTAR ULAMA'*
Banyak yg diperdebatkan soal syirik dalam hal yg berhubungan
mistik apakah memiliki benda bertuah & apalagi bila berhubungan khodam
pendamping. Harus difahami Syirik itu bentuk dosanya sedangkan musyrik adalah
pelakunya. Di hukumi musyrik bila si pelaku menyakini penuh jin / khodam
tersebut memiliki kekuatan mutlak & pandangannya terbatas kepada khodam
tersebut tidak menyaksikan
keseluruhannya dari ALLAH. Apalagi secara terang2an memuja & menyembahnya.
Dalam hal ini kita lihat suatu kupasan dari beberapa kitab..
ثم التحقيق أن يقال إن كان من يتعاطى ذلك خيرا متشرعا فى كامل ما
يأتى ويدر وكان من يستعين به من الأرواح الخيرة وكانت عزائمه لا تخالف الشرع وليس فيما
يظهر على يده من الخوارق ضرر شرعى على أحد فليس ذلك من السحر بل من الأسرار والمعونة
وإلا فهو حرام إن تعلمه ليعمل به بل يكفر إن اعتقد حل ذلك فإن تعلمه ليتوقاه فمباح
وإلا فمكروه. إهـ هامش فتح الوهاب الجزء الثانى ص : 151 دار إحياء الكتب العربية
Adapun menurut pendapat ulama yang TAHQIIQ (kuat dalam
pernyataannya) hukumnya di perinci :
1. BOLEH : Apabila pelakunya mengambil kira disiplin
syari’at (mutasyarri’), kemudian yg dibaca (mantera) tidak bertentangan dengan
syariát & tidak menimbulkan dhoror syar’i (kemudaratan syariat seperti
hilang kesedaran seperti kesurupan atau "menurun" dalam istilah
masyarakat Melayu dsb). Apabila terjadi hal seperti ini, maka fenomena tersebut
bukanlah sihir tetapi suatu kelebihan & ma'unah
2. TIDAK BOLEH (HARAM) : Apabila pelakunya tidak mengikuti
disiplin syariát (fasiq - pemujaan dsb) atau yg dibaca (mantera) yg dilarang
menurut syara’ atau menimbulkan dloror syar’i (termasuk hilangnya kesedaran
& tidak ada manfaat sebanding). [Hamisy Fath Alwahaab II/151].
Dalam kitab Al Ajwibatul Gholiyah fii aqidati firqotin
naajiyyah karangan Habib Zainal Abidin Ba'lawi dinukilkan..
س: فهل يجوز طلب الإغاثة من غير الله ؟
ج: نعم، يجوز طلبها من غيره تعالى باعتبار أنَّ المخلوق - المستغاث
به - سبب و واسطة، فإن الإغاثة وإن كانت من الله عز وجل على الحقيقة فلا ينافي أن الله
تعالى جعل لذلك أسباباً و وسائط أعدَّها له، والدليل على ذلك قوله صلى الله عليه وسلم:
(( والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه )) رواه مسلم . وقوله صلى الله عليه
وسلم في حقوق الطريق: (( وأن تغيثوا الملهوف وتهدوا الضال )) رواه أبو داود . فنسب
الإغاثة إلى العبد وأضافها إليه وندب العباد أن يعين بعضهم بعضا ، فالمستعين بغير لله
لا يطلب منه أن يخلق شيئاً وإنما قصده منه أن يدعو الله له في تخليصه من شدة مثلاً
.
... س: ما الدليل على مشروعية الاستغاثة ؟
ج: لذلك أدلة كثيرة، منها ما رواه البخاري في صحيحه أن النبي صلى
الله عليه وسلم قال: (( إنَّ الشمس تدنو يوم القيامة حتى يبلغ العرق نصف الإذن، فبينما
هم كذلك استغاثوا بآدم ثم بموسى ثم بمحمد صلى الله عليه وسلم ... )) الحديث، فقد أجمع
أهل الموقف كلهم على جواز الاستغاثة بالأنبياء عليهم السلام وذلك بإلهام من الله تعالى
لهم وفي ذلك أدلّ دليل على مشروعية الاستغاثة بغير الله . ومنها ما رواه الطبراني أنه
صلى الله عليه وسلم قال: (( إذا ضل أحدكم - أي عن الطريق - أو أراد عوناً وهو بأرض
ليس فيها أنيس، فليقل: ياعباد الله أغيثوني )) وفي رواية: (( أعينوني فإن لله عباداً
لا ترونهم )) . فهذا الحديث صريح في جواز الاستغاثة والنداء بالغائبين من الأحياء والأموات،
والله أعلم .
*SOALAN :* Bolehkah meminta tolong kepada selain ALLAH
(makhluk) ?
*JAWABAN :* Ya boleh meminta pertolongan kepada selain ALLAH
(makhluk) dengan keyakinan bahawa makhluk yng dimintai pertolongan adalah
sebagai sebab & perantara (bagi ALLAH), maka sesungguhnya pertolongan itu
mutlak dari ALLAH secara haqiqi & tidak dapat dinafikan bahawa pertolongan
ALLAH itu memiliki sebab musabab & perantara. Perantara yg ALLAH sediakan
utk manusia & dalil itu ialah sabda RASULULLAH SAW:
"ALLAH akan menolong hambaNYA selagi hambaNYA menolong
saudaranya". (HR Muslim)
Dan sabda RASULULLAH SAW mengenai hak jalan :
"Hendaklah kamu menolong orang yg Mengeluh &
memberi petunjuk kepada orang yg tersesat dijalan".(HR Abu dawud ).
Maka dinisbahkan pertolongan itu kepada hamba &
disandarkan kepadanya serta disunnahkan bagi seorang hamba menolong hamba yg
lainnya. Maka yg dimintai pertolongan kepada selain ALLAH tidak harus dituntut
dapat menciptakan sesuatu & sesungguhnya ia bermaksud berdoa memohon kepada
ALLAH utk melepaskan kesulitan itu sebagai misal.
*SOALAN :* Apa dalil syariat tentang itu ?
*JAWABAN :* Dalil tentang itu banyak, di antaranya hadits
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam shohihnya RASULULLAH SAW bersabda:
"Sesungguhnya didekat matahari pada hari kiamat nanti
sehingga keringat bercucuran sampai ke telinga manusia meminta tolong kepada
Nabi Adam as kemudian Nabi Musa as lalu kepada Nabi MUHAMMAD SAW". (Al
Hadits).
Telah sepakat Ahlu tauqif semuanya bahawa bolehnya meminta
tolong kepada Para NABI itu dgn ilham dari ALLAH. Berkaitan dgn itu pula
terdapat dalil syara' bolehnya meminta pertolongan selain dari ALLAH di
antaranya hadits riwayat Thabrani NABI SAW bersabda:
"Apabila di antara kamu tersesat di suatu jalan &
mengharapkan pertolongan yg mana di tempat itu tidak ada seorang pun manusia
maka katakanlah: "Wahai hamba ALLAH Aghitsuni (tolonglah aku). Dalam suatu
riwayat yg lain (a'inuni ). maka sesungguhnya ALLAH memiliki hamba2 yg mana
engkau tidak melihat mereka (entiti ghaib).
Hadits ini maknanya terang dalam hal kebolehan memohon
pertolongan & menyeru yg ghaib bagi yg hidup maupun yg sudah mati. Wallahu
a'lam
*KEWUJUDAN ILMU ISTIKHDAM*
Tidak Ada Manusia yg Menguasai Jin selain Nabiyullah
Sulaiman as sebagaimana yg dinukilkan di dalam alQuran sesuai doanya..
قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ
مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Sulaiman as berdoa: “Ya Tuhanku, ampunilah aku &
anugerahkanlah kepadaku kekuasaan yg tidak dimiliki oleh seorangpun sesudahku,
Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pemberi”. (QS. Shad: 35)
Salah satu di antara kekuasaan Nabiyullah Sulaiman as adalah
mengendalikan & menguasai jin. Sehingga semua jin menjadi tunduk &
patuh kepada Nabi Sulaiman as.
Dalam menanggapi hal tsbt RASULULLAH SAW menghormati
kedudukan Nabi Sulaiman as dalam suatu kisah di mana Suatu ketika, pada saat
BAGINDA SAW mengimami sholat, NABI SAW melakukan suatu gerakan yg berbeza di
luar kebiasaannya. Lalu pada paginya BAGINDA SAW menceritakan..
إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ البَارِحَةَ لِيَقْطَعَ
عَلَيَّ الصَّلاَةَ، فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى
سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي المَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ،
فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ: رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لاَ يَنْبَغِي لِأَحَدٍ
مِنْ بَعْدِي فَرَدَّهُ خَاسِئًا
"Sesungguhnya jin ifrit menampakkan diri kepadaku malam
tadi utk mengganggu sholatku. Kemudian ALLAH memberikan kemampuan kepadaku utk
memegangnya. Aku ingin untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid, sehingga
pagi harinya kalian semua dapat melihatnya. Namun aku teringat doa saudaraku
Sulaiman as: “Ya Tuhanku, ampunilah aku & anugerahkanlah kepadaku kekuasaan
yg tidak dimiliki oleh seorangpun sesudahku.” Kemudian BAGINDA SAW melepaskan
jin itu dalam keadaan terhina. (HR. Bukhari 461 & Muslim 541).
RASULULLAH SAW tidak mahu mengikat jin itu di tiang masjid
kerana menghormati doa Nabi Sulaiman as sebagai suatu gambaran ketinggian adab
BAGINDA SAW dgn sesama saudara. Padahal BAGINDA SAW memiliki kemampuan tsbt
& dapat membuktikannya. Maka tidak hairan ilmu seumpama itu dapat dimiliki
oleh umatnya seperti Sulthan alAwliya' Syeikh Abdul Qadir Jailani ra yg dapat
menakluki & memerintah jin serta demikian pewaris keilmuannya. Hal tsbt
sudah pasti tetap tidak melanggar etika dlm menghormati kedudukan Nabi Sulaiman
as krn anggap saja dgn kemampuan tsbt ia tidak melebihi atau menandingi
kemampuan sebenar Nabi Sulaiman as walau dalam pembahasan derajat kewalian hal
itu boleh saja tercapai dgn sebab kedudukan awliya' umat Sayyidina MUHAMMAD SAW
boleh mencapai puncak kemu'jizatan para Nabi as sbg bukti ketinggian BAGINDA
SAW sbg Sayyidul Anbiya'.
Semoga dapat menanggapi dgn hati yg terbuka & keimanan
kpd keghaiban ILAHI.rbukat
No comments:
Post a Comment